Tuesday, December 10, 2019

My HomeTown

Bila cuti mesti kita tak sabar nak balik kampung kan? so do am i. tak sabar kan nak jalan2 dengan sedara mara makan ramai2 kann. my parents berasal dari Melaka dan Terengganu. Aku nak share apa yang aku buat bila balik kampung aku kat Terengganu Darul Iman.


Selamat datang wei..
Tempat kami ramai-ramai
Selamat datang 
Negeri kami
Kita singgoh kat primula

Batu burok tepi pata

Laut biru di tanjong jara

Tempat rilek orang dok kacai
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka...
Na na na na na Terengganu kita
Na na na na na Terengganu kita


haha mesti ternyanyi skali kan? Terengganu ni kaya dengan Flora ngan Fauna , pantai2 yang cantik , Pulau , makanan pun memang sedap . Kampung aku kat Kuala Terengganu, tengah2 bandar. tapi takdela kampung sangat pun ha tapi kat sini pagi pagi memang sejuk lagi nak dibandingkan kat kawasan umah aku. Mandi pagi pagi rasa ais batu woo 

So yea, kalau balik memang wajib la pegi makan kat sini petang2 dengan sedara mara , kat Pantai Teluk Ketapang.
Sotong, ikan, udang celup tepung, cucuk2 tu semua ada kat sini. Kalau nak makan makanan laut ni pun kena tengok musim jugak kalau tak mahal harga dia. 



ABJ fav aku ngan adik aku. "Ais Batu Jagung" yang menyegarkan, tak terlalu manis, sambil makan goreng2 memang perfectooooo!

Next, tempat yang aku suka lepak2 kalau dengan dorang is Pantai Batu Burok . Duduk kat tepi pantai sambil layan angin sepoi2 bahasa, makan sate ikan, tengok orang main layang-layang, minum air kelapa ... ohh bestnyaaaaa


Buaian Besor


Yang paling ditunggu2 tiap tiap tahun adalah jengjengjenggg, Musim Buah!!Makcik , pakcik aku masing2 ada kebun buah so bila kami datang je memang dia simpan untuk kami anak beranak makan


^ hasil kutipan durian kampung

Durian ni actually jatuh dari pokok terus masuk kat bara api, so terhasil lah durian bakor. rasa macam hangit masak tapi lagi sedap dari durian biasa ha gituuu

Buah Dokong^ 

Best sangat tengok buah dokong berlonggok longgok kat dahan pastu pergi petik sendiri. Pokok dokong ni rendang, so senang la kiteorang petik. Buah dokong ni rasanya manis dan isinya besar besar.

ada jugak buah manggis, limau bali, pulasan tapi tak sempat nak snap gambar hehe seronok sangat memetik buah pastu kenyang makan buah je hahaha bak kata orang , ni pengalaman mahal uolss.


Ni jugak benda wajib bila balik kampung. Rewang, makan beramai ramai, mujur ramai jugak sedara mara yang duduk dekat dengan rumah atuk aku. Lauk pauk banyak + buah-buahan fresh dari kebun. umphhhh perfect!

Oh ya!!! lupa nak cakap. Lagisatu, makanan wajib dimakan bila balik Terengganu. ofc nasi dagang, kuih Ropa, Nekbak, kayu keramat dan macam2 lagi haaa only in Terengganu!πŸ’“πŸ‘




Ni kat Pasar Payang, Pasar Sabtu, je boleh jumpa makcik jual kuih muih berlonggok gini. Fuh rambang mata sis nak membeli, macam nak beli semua je haha 

okay lah kawan kawan, disini sahajalah aku dapat share serba sikit aktiviti & apa yang best kat Kampung aku. ya, balik kampung lah tempat yang sesuai mencari ketenangan dari kesibukan kota haa , rugi sesapa yang tak ikut family balik kampung eh haha okay sekian byeee korangg 













Melaka, Here we gooooooo!!

hye , i wanna share with you guys about my first trip short vacay with my friends. Actually plan ni dah lama sembang2 nak pegi trip sesama dengan akak2 taska tempat kerja dulu. Katanya nak tenangkan fikiran sambil cuci mata eceh.
Bila gue dengar nak pegi trip ni of course i be like ;


Nak tahu tak pegi mana? pergi Melaka je.Over kan macam nak pegi jauh dari Malaysia padahal.. hahahah Yelah situ paling dekat and macam macam tau kat sana . Nak pegi jejauh nanti susah sikit kang sesat tak pasal2 hahah

So kiteorang ke sana dan bermalam semalaman je haha but its worth! 
From left - Kakyana, me, kak ikaa, kak dilla & Kak reen
Bila sampai sana, ofcourse kami mencari asam pedas! so kami menyinggah di sini selepas check in hotel. Memang sangat ramai orang, mujur la lauk banyak lagi and ada tempat duduk kosong fuh.btw kat sini la orang duk kata asam pedas ni sedap. Memang sedap pun hhshaha



lepas makan rehat2 kejap and kami sambung berjalan malam pulak ke Jonker Walk.



Meriah kan? btw sini memang masalah parking sikit and jalan sehala je. So kena parking jauh sikit dan jalan kaki je kalau nak pergi singgah memana.
Next, kami berjalan ke Melaka river cruise





Lampu lampu kat situ memang cantik sangat. lampu kat tebing sungai tu boleh bertukar tukar warna biru, merah, purple 😍 
Next, kiteorang pergi naik beca . tempat tu dekat dengan Menara Taming Sari . memang belambak la beca cecantik kat situ, tinggal pilih je nak naik mana 

Comelkan?
At Dataran pahlawan mall

so, next morning kiteorang pergi breakfast kat Roti Canai Kayu Arang.Sedap wehhh haha semua sedap cane ni

Roti canai dia lembut sangatt! even dah sejuk pun still sedap  jugak. paling ramai orang makan kat sini "roti canai telur goyang" sebab roti dia double and kuah banjir lagi woooo memang syok! Memang roti tu dimasak atas arang oh no wonder unik kat sini . nasi lemak, soto, mee kari semua ada jugak dengan harga yang berpatutan haaa kekenyangan gue 

Then, after breakfast kiteorang pi A- Famosa






dah jalan2 naik tangga tinggi, mesti penat dahaga kann. tetiba terfikir haa jom minum air kelapa nakkk so, kami pergi ke klebang sebab dah dekat dah dengan kedai Coconut shake tu. Gigih gak ah bila sampai kena beratur panjang nasib baik cepat je abang tu buat air. yez ofc sedap dan worth tapi ingat berapa ringgit tapi mur mur la. tak sia sia kami beratur πŸ˜‚



bukan coconut shake je kami menyinggah tapi ke Kedai Kuih Keria Antarabangsa haha rugi la tak rasa kuih keria sedap kannnnn



ha nampak, sedap kan? tak sempat nak snap gambar dah makan dulu tak ingat apa dah hahaha tu amek gambaq kat google je ya benar kawan, kami rela jugak beratur panjang uhuhuhu

before balik, kiteorang singgah pantai Klebang lepak2 situ amek angin petang, then pulang ke rumah masing2.

akhir kata, terima kasih kakak2 sudi melayan karenah aku yang ngengada and layan dengan penuh kasih sayang hahah. Even this is short tri with u guys, but sangat bermakna buat shayeeee *wink πŸ’–πŸ’–πŸ’– till we meet again kakak2 cantikk miss youu guyss


Monday, December 9, 2019

VACAY ON! πŸŒŠπŸ–✨

Bila dah stress2 kerja, assignment belambak, mesti kita tiba tiba terfikir nak cari ketenangan kan. Bila fikir balik, lama dah family kami tak pegi holiday . So, my dad decide to go to the Lexis Hibiscus , Port Dickson.
Bila kita dengar tu memang syok aa dah la dah lama teringin nak pergi ke sana. yelah tempat cantik hehe 



So, my parents kata nak pergi hari weekend and kebetulan harga hotel tengah murah ya allah murah rezeki disitu hehe apalagi kami pun pack barang cecepat nak tunjuk memang tak sabar nak pegi hahaha

meh nak cerita sikit, lexis hibiscus ni terletak disepanjang pasir panjang pantai Port Dickson. Penginapan terdiri drpd bilik bilik yang sangat moden dan ada wifi, balkoni, kolam peribadi (paling Fav!), dan juga kat situ disertakan buggy service dan tempat letak kereta percuma. So, kita takde la masalah nak mengangkat lugange apa semua sebab akan ada pemandu dan pembantunya tolong hantar kita sampai ke depan pintu bilik.

so yeaa, this is the place! 







cantikkan? tempat ni memang sangat moden and macam suburbs. bila masuk bilik tu, rasa macam luxury gilaa yelah fasiliti semua ada tau. kalau sesapa nak honeymoon kat sini pun boleh hahah tambahan pulak pemandangan sini memang lawooo kalau malam lagi cantik!

aku sambut birthday kat sini bersama-sama family aku, rasa beruntung bila birthday sendirik dapat sambut kat tempat best macam ni πŸ˜ŠπŸ˜† lepas makan -makan boleh pakat pi berendam sama ha ni part paling seronok!



Jangan fikir bebukan ye kawan-kawan. Tu air apple tau. saja je ayah aku tukar citarasa ayaq manis hahahaha

so, me and with my lil bro saja jalan amek angin malam ha gituuu, tengok lampu2 and bila malam pun meriah gila dengan orang ramai. Kiteorang paling suka tengok lampu bangunan lexis ni sebab boleh bertukar tukar. Memang dazzling aa tengok wow wow haha





kiteorang menuju ke hibiscus walk which is ke tempat macam warung2 kecik camtu la, pastu tengok orang karaoke, cafe and bar dan memacam lagi lah. 

Fountain view


Kami bermalam di sana selama 2 hari 1 malam. Short Vacay paling terindah bagi kami satu family haha nak pergi lagii ! you guys should go there!! Sangat recommend sebab disertakan free breakfast for first night check in . 













Sunday, December 8, 2019

Childhood memories







Bila ingat zaman kanak-kanak dulu kan, rasa macam banyak je kenangan manis even ada je pahit tapi bila teringat balik memang kelakar hahah hari hari rasa seronok je. Rasa macam nak putar balik zaman dulu yang kita rasa macam dunia ni cam kita yang punya ! 
Yelah dedulu manada gajet lagi so kita habiskan masa dengan bermain berseronokkk sokmo haha
Tapi sekarang dah lain, budak sekarang busy main gajet yang lebih canggih kann ish ruginya tak merasa suasana macam kita dulu dulu hehe

Ok meh kita nak share sikit apa yg paling best. Jommm



1. Anak-anak sidek




Siapa je tak kenal kan lagenda badminton lima bersaudara ni? Siri animasi ni mengenai biografi anak-anak Haji Sidek yang terdiri daripada Misbun Sidek, Razif Sidek,Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek dalam mengharungi hari-hari mereka. Hasil usaha Haji Sidek dan ketegasannya , anak-anak beliau berjaya membawa Piala Thomas pada tahun 1992. actually cerita ni ada juga diterbitkan dalam komik.


2) Kacang




Cerita ni srs legend do memang tunggu waktu petang kat tv1 dulu haha siap hafal lagi lagu "kacang kacang" πŸ˜‚  Dari cerita ni aku dapat kenal jenis jenis kacang and bila akhir rancangan mesti akan diselitkan moral of the story yang patut kita ikut cam kebaikan makan sayur, kekacang yelah bebudak macam kita dulu kan liat nak makan benda sihat hahah



3) Doraemon


cerita ni wajib tengok every weekend kat NTV7 hari sabtu tak silap. Kalau tak follow cerita ni memang rasa hari tak bermakna hahah btw aku bukan setakat tengok doraemon je malah buku dia pun aku siap beli lagi kat kedai πŸ˜‚
Siap terfikir lagi sebenarnya doraemon ni kucing biasa ke apa and lelaki ke perempuan, tapi dapat tahu bila mini dora datang rumah nobita and dia panggil doraemon tu "abang" hahah. Part best yang kita tunggu bila alat-alat canggih yang kita sendiri tak pernah terfikir pun. Sampai berangan bila la pulak kita nak ada alat2 tu sndri nanti senang buat semua benda πŸ˜† tambah pulak dengan nobita yang kabut sikit sikit nangis sebab kena buli dengan giant haha and cerita ni best gila cause this story highlight about value of friendship 

Okay. Seterusnya nak sambung pasal makanan jajan paling best masa zaman kanak-kanak dulu heheh 

1) Aiskrim Malaysia




Yang ni paling syok bila layan aiskrim ni petang2 masa main kat taman. eskem ni murah je satu 20 sen pastu gi ketuk pintu umah makcik aiskrim hehe dah la macam macam perisa ada, tinggal nak pilih je pastu repeat beli lagi bila dah habis hahah. Then bila dah beli, suruh makcik tu potongkan atas dia yg atas plastik takpun gigit kat hujung plastik bagi berlubang. hahah tu yang nikmat bila dah penat main taman masa zaman kecik kecik dulu.




2)Super Ring




Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu kita suka makan macam-macam jenis keropok tapi bagi aku ni paling favourite sebab bentuk dia lain daripada keropok yang lain. Keropok ni jugak rangup, pastu melt dalam mulut bila dah makan. Dulu, aku selalu susun keropok tu kat jari macam pakai cincin haha. Yang paling best, bila habuk dari keropok tu melekat kat tangan & tu finishing paling best ah dengan jilat jari hahaha.


3) Apollo




K Sapa ingat lagi Apollo ni? ni pun salah satu favourite aku jugak. Macam2 perisa dia keluarkan and aku dah try semua masa kecik-kecik dulu. Ni salah satu brand yang ada lagi sampai sekarang and apollo ni bukan sahaja keluarkan layer cake tapi biskut pun ada. lagisatu , iklan apollo ni annoying sebab slalu keluar time cerita tengah gempak aduuu hahah. Aku paling suka chocolate flavour masa tu harga 40 sen je sebijik




Jom sambung Permainan pulak ehe

  • Saidina 

Masa balik kampung, aku tak pernah miss main game ni dengan cousin. Yela dulu gajet bukan sama macam gajet sekarang. Sebabtu aku main game tu bila boring untuk penuhkan masa lapang. Game ni best bila kita tahu siapa muflis also uji kita punya math sebab kalau nak main game ni korang kena pandai mengira & survive. Part yang perit en kita kena bayar cukai dah ah mahal , pastu baling dadu alamak masuk penjara pulak hahah so kat sini kita kena ada strategi 😎


  •  Lompat tangan 




Game ni kalau kiteorg dah bosan main taman, ni kira plan B lelagi kalau ramai geng memang best. dua orang duduk and susun tangan ikut level , pastu kita kena lompat melepasi tangan tu. Makin tinggi makin mencabar so memang benefit dekat orang tinggi memang power aa 


  • Police entry


Haaa! sapa ingat lagi main police entry ni? Masa kecil2 dulu selalu sangat main dengan kawan-kawan bila balik sekolah heh rindunyaaa


Nak main ni kena nyanyi lagu :

 "Polis entry one two jaga,
Polis mati,
Pencuri jaga..."


Masa nyanyi lagu ni, jari kita kena tunjuk-tunjuk kat kawan termasuk diri sendiri, sampai la habis lagu tu. Siapa yang first kena tunjuk tu, dia kena kejar pencuri dan begitulah seterusnya. So yang mana jadi polis tu kena kejarlah pencuri sampai dapat. Jangan sampai dia "sep" kawan kawan yang lain untuk jadi geng pencuri skali haaa. Memang semput la nak berlari tu hahah ya allah paling takut kena kejar dengan kawan yang kuat lari aduhai πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



sekian sahaja coretan aku yang aku dapat share masa kecik-kecik dulu. Bila fikir balik bertuah jugak aku ada masa zaman busy bermain tanpa ada gajet and ada kawan kawan yang best ~


love, ell


































Thursday, December 5, 2019

BE A KINDERGARTEN TEACHER πŸ‘©πŸ»‍πŸ«πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦




hai, today i wanna share about my experience being a teacher.  

Lepas je i habis grad stpm. my friend ada suggest kat i untuk kerja dekat satu tempat ni. First tu tertanya tanya juga kerja apa. Maklum la i tak pernah kerja dekat mana-mana before this. So nak dijadikan cerita, member aku, aisyah ni ajak  la untuk kerja dekat satu tadika ni dekat kementerian kewangan. Dapat je tahu berita ni. i was really reallyyyyy excited. Yelah , aku ni jenis happy kalau jumpa budak budak. srs. lagi lagi yang comel dengar cakap. okay okay dah . jom sambung ;


so nak dijadikan cerita. first day masuk kerja tu, nampak ramai gila budak2 comel . omg nak ada anak cepat !! haha tak gurau gurau. so first thing tu aku kene brief la dengan kak Intan ni. dia bagi tugasan untuk buat apa semua. kalau nak tahu, kerja dia senang je tapi kalau korang lalui penat sebenarnya jaga baby ni. bukan sorang πŸ˜“ramai .. 13 orang :'). kiteorang pulak as tenaga pengajar/pengasuh/ibu/ayah haih 3 orang cikgu je tau. sedih sangat (tapi aku ni jenis suka budak kan so rasa penat tu hilang bila tengok diorang setiap hari) .


Toddler department teacher πŸ’œ



  • Bila nak kena mengajar bebudak toddler ni memang quite challenging jugak  yelah dorang ni focus dia hanya 5 min dan selebihnya adalah masa bermain. Tapi semua anak2 yang di ajar di sini, bijak bijak belaka.

  • also, sepanjang bekerja kat sini, memang tak pernah tak best la dengan macam-macam seminar yang aku ikut untuk teknik mengajar efektif. contoh cara mengajar kanak -kanak mengikut umur, panduan mengenal huruf , games alternatives dan sebagainya.
Pick Color and Word activity


Guided Reading for 4-5 years 

okay next pulak, aktiviti yang paling excited bukan anak murid je suka even cikgu pun suka haha we called is " WATERPLAY"  . aktiviti ni sebenarnya meningkatkan sains persekitaran dalam diri diorang contoh boleh tengok barang apa yg boleh tenggelam timbul, bunyi bunyi alam sekitar, campuran warna dan sebagainyaaa



Catan 
Ni event yang sempat disambut dengan anak-anak Toddler  masa Sambutan Hari Raya. Dorang kena buat persembahan depan parents dengan pakai baju tradisional Melayu hahaha shooo cute!! tengok dorang menari rasa macam sebak plus terharu dah practice and dorang ingat πŸ’• Teacher is EXCITEDDDD




Last but not least, aku suka gilaa budak ni kira paling sayang laa haa nama dia Afi Ayra Iman. Dia ni sangat cheeky and memang bijak yelah ada je perangai dia yang buat orang geram dengan dia haha rasa macam nak hug kuat kuat! kalau layan dia ni tak pernah tak kelakar tau. Ayra ni kuat makan sampai makanan ticer pun dia nak. Bila dengar plastik bukak je, msti dia tanya " apa tu?" pastu buat muka cute mintak makanan aiyoooo







So one day ni , aku dapat offer sambung belajar. perasaan nak tinggalkan or lepaskan kerja sebagai cikgu dekat tadika ni srs talk sedih sangat. Dah tak macam dulu. Hari hari bangun pagi , balik petang. gelak gelak main main dekat diorang dah takda. aku sedih. tapi apakah daya. peluang sambung belajar ni bukan semua orang dapat. so lepas dapat tahu n family pun suruh sambung belajar aku pun lepaskan la jawatan ni. idk. tapi bagi aku, aku rindu sangat dengan budak budak ni. i feel so sad dah tak dapat tengok diorang hari hari. takpe. yang hadir pasti akan pergi ceh haha okayla guys. hope semua happy baca celoteh aku ni. jangan lupa sebelum tidur baca doa. susu habiskan! eh sorry ter rinduu :(((