Sunday, December 8, 2019

Childhood memories







Bila ingat zaman kanak-kanak dulu kan, rasa macam banyak je kenangan manis even ada je pahit tapi bila teringat balik memang kelakar hahah hari hari rasa seronok je. Rasa macam nak putar balik zaman dulu yang kita rasa macam dunia ni cam kita yang punya ! 
Yelah dedulu manada gajet lagi so kita habiskan masa dengan bermain berseronokkk sokmo haha
Tapi sekarang dah lain, budak sekarang busy main gajet yang lebih canggih kann ish ruginya tak merasa suasana macam kita dulu dulu hehe

Ok meh kita nak share sikit apa yg paling best. Jommm



1. Anak-anak sidek




Siapa je tak kenal kan lagenda badminton lima bersaudara ni? Siri animasi ni mengenai biografi anak-anak Haji Sidek yang terdiri daripada Misbun Sidek, Razif Sidek,Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek dalam mengharungi hari-hari mereka. Hasil usaha Haji Sidek dan ketegasannya , anak-anak beliau berjaya membawa Piala Thomas pada tahun 1992. actually cerita ni ada juga diterbitkan dalam komik.


2) Kacang




Cerita ni srs legend do memang tunggu waktu petang kat tv1 dulu haha siap hafal lagi lagu "kacang kacang" 😂  Dari cerita ni aku dapat kenal jenis jenis kacang and bila akhir rancangan mesti akan diselitkan moral of the story yang patut kita ikut cam kebaikan makan sayur, kekacang yelah bebudak macam kita dulu kan liat nak makan benda sihat hahah



3) Doraemon


cerita ni wajib tengok every weekend kat NTV7 hari sabtu tak silap. Kalau tak follow cerita ni memang rasa hari tak bermakna hahah btw aku bukan setakat tengok doraemon je malah buku dia pun aku siap beli lagi kat kedai 😂
Siap terfikir lagi sebenarnya doraemon ni kucing biasa ke apa and lelaki ke perempuan, tapi dapat tahu bila mini dora datang rumah nobita and dia panggil doraemon tu "abang" hahah. Part best yang kita tunggu bila alat-alat canggih yang kita sendiri tak pernah terfikir pun. Sampai berangan bila la pulak kita nak ada alat2 tu sndri nanti senang buat semua benda 😆 tambah pulak dengan nobita yang kabut sikit sikit nangis sebab kena buli dengan giant haha and cerita ni best gila cause this story highlight about value of friendship 

Okay. Seterusnya nak sambung pasal makanan jajan paling best masa zaman kanak-kanak dulu heheh 

1) Aiskrim Malaysia




Yang ni paling syok bila layan aiskrim ni petang2 masa main kat taman. eskem ni murah je satu 20 sen pastu gi ketuk pintu umah makcik aiskrim hehe dah la macam macam perisa ada, tinggal nak pilih je pastu repeat beli lagi bila dah habis hahah. Then bila dah beli, suruh makcik tu potongkan atas dia yg atas plastik takpun gigit kat hujung plastik bagi berlubang. hahah tu yang nikmat bila dah penat main taman masa zaman kecik kecik dulu.




2)Super Ring




Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu kita suka makan macam-macam jenis keropok tapi bagi aku ni paling favourite sebab bentuk dia lain daripada keropok yang lain. Keropok ni jugak rangup, pastu melt dalam mulut bila dah makan. Dulu, aku selalu susun keropok tu kat jari macam pakai cincin haha. Yang paling best, bila habuk dari keropok tu melekat kat tangan & tu finishing paling best ah dengan jilat jari hahaha.


3) Apollo




K Sapa ingat lagi Apollo ni? ni pun salah satu favourite aku jugak. Macam2 perisa dia keluarkan and aku dah try semua masa kecik-kecik dulu. Ni salah satu brand yang ada lagi sampai sekarang and apollo ni bukan sahaja keluarkan layer cake tapi biskut pun ada. lagisatu , iklan apollo ni annoying sebab slalu keluar time cerita tengah gempak aduuu hahah. Aku paling suka chocolate flavour masa tu harga 40 sen je sebijik




Jom sambung Permainan pulak ehe

  • Saidina 

Masa balik kampung, aku tak pernah miss main game ni dengan cousin. Yela dulu gajet bukan sama macam gajet sekarang. Sebabtu aku main game tu bila boring untuk penuhkan masa lapang. Game ni best bila kita tahu siapa muflis also uji kita punya math sebab kalau nak main game ni korang kena pandai mengira & survive. Part yang perit en kita kena bayar cukai dah ah mahal , pastu baling dadu alamak masuk penjara pulak hahah so kat sini kita kena ada strategi 😎


  •  Lompat tangan 




Game ni kalau kiteorg dah bosan main taman, ni kira plan B lelagi kalau ramai geng memang best. dua orang duduk and susun tangan ikut level , pastu kita kena lompat melepasi tangan tu. Makin tinggi makin mencabar so memang benefit dekat orang tinggi memang power aa 


  • Police entry


Haaa! sapa ingat lagi main police entry ni? Masa kecil2 dulu selalu sangat main dengan kawan-kawan bila balik sekolah heh rindunyaaa


Nak main ni kena nyanyi lagu :

 "Polis entry one two jaga,
Polis mati,
Pencuri jaga..."


Masa nyanyi lagu ni, jari kita kena tunjuk-tunjuk kat kawan termasuk diri sendiri, sampai la habis lagu tu. Siapa yang first kena tunjuk tu, dia kena kejar pencuri dan begitulah seterusnya. So yang mana jadi polis tu kena kejarlah pencuri sampai dapat. Jangan sampai dia "sep" kawan kawan yang lain untuk jadi geng pencuri skali haaa. Memang semput la nak berlari tu hahah ya allah paling takut kena kejar dengan kawan yang kuat lari aduhai 😂😂😂



sekian sahaja coretan aku yang aku dapat share masa kecik-kecik dulu. Bila fikir balik bertuah jugak aku ada masa zaman busy bermain tanpa ada gajet and ada kawan kawan yang best ~


love, ell


































No comments:

Post a Comment