Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, December 8, 2019

Childhood memories







Bila ingat zaman kanak-kanak dulu kan, rasa macam banyak je kenangan manis even ada je pahit tapi bila teringat balik memang kelakar hahah hari hari rasa seronok je. Rasa macam nak putar balik zaman dulu yang kita rasa macam dunia ni cam kita yang punya ! 
Yelah dedulu manada gajet lagi so kita habiskan masa dengan bermain berseronokkk sokmo haha
Tapi sekarang dah lain, budak sekarang busy main gajet yang lebih canggih kann ish ruginya tak merasa suasana macam kita dulu dulu hehe

Ok meh kita nak share sikit apa yg paling best. Jommm



1. Anak-anak sidek




Siapa je tak kenal kan lagenda badminton lima bersaudara ni? Siri animasi ni mengenai biografi anak-anak Haji Sidek yang terdiri daripada Misbun Sidek, Razif Sidek,Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek dalam mengharungi hari-hari mereka. Hasil usaha Haji Sidek dan ketegasannya , anak-anak beliau berjaya membawa Piala Thomas pada tahun 1992. actually cerita ni ada juga diterbitkan dalam komik.


2) Kacang




Cerita ni srs legend do memang tunggu waktu petang kat tv1 dulu haha siap hafal lagi lagu "kacang kacang" πŸ˜‚  Dari cerita ni aku dapat kenal jenis jenis kacang and bila akhir rancangan mesti akan diselitkan moral of the story yang patut kita ikut cam kebaikan makan sayur, kekacang yelah bebudak macam kita dulu kan liat nak makan benda sihat hahah



3) Doraemon


cerita ni wajib tengok every weekend kat NTV7 hari sabtu tak silap. Kalau tak follow cerita ni memang rasa hari tak bermakna hahah btw aku bukan setakat tengok doraemon je malah buku dia pun aku siap beli lagi kat kedai πŸ˜‚
Siap terfikir lagi sebenarnya doraemon ni kucing biasa ke apa and lelaki ke perempuan, tapi dapat tahu bila mini dora datang rumah nobita and dia panggil doraemon tu "abang" hahah. Part best yang kita tunggu bila alat-alat canggih yang kita sendiri tak pernah terfikir pun. Sampai berangan bila la pulak kita nak ada alat2 tu sndri nanti senang buat semua benda πŸ˜† tambah pulak dengan nobita yang kabut sikit sikit nangis sebab kena buli dengan giant haha and cerita ni best gila cause this story highlight about value of friendship 

Okay. Seterusnya nak sambung pasal makanan jajan paling best masa zaman kanak-kanak dulu heheh 

1) Aiskrim Malaysia




Yang ni paling syok bila layan aiskrim ni petang2 masa main kat taman. eskem ni murah je satu 20 sen pastu gi ketuk pintu umah makcik aiskrim hehe dah la macam macam perisa ada, tinggal nak pilih je pastu repeat beli lagi bila dah habis hahah. Then bila dah beli, suruh makcik tu potongkan atas dia yg atas plastik takpun gigit kat hujung plastik bagi berlubang. hahah tu yang nikmat bila dah penat main taman masa zaman kecik kecik dulu.




2)Super Ring




Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu kita suka makan macam-macam jenis keropok tapi bagi aku ni paling favourite sebab bentuk dia lain daripada keropok yang lain. Keropok ni jugak rangup, pastu melt dalam mulut bila dah makan. Dulu, aku selalu susun keropok tu kat jari macam pakai cincin haha. Yang paling best, bila habuk dari keropok tu melekat kat tangan & tu finishing paling best ah dengan jilat jari hahaha.


3) Apollo




K Sapa ingat lagi Apollo ni? ni pun salah satu favourite aku jugak. Macam2 perisa dia keluarkan and aku dah try semua masa kecik-kecik dulu. Ni salah satu brand yang ada lagi sampai sekarang and apollo ni bukan sahaja keluarkan layer cake tapi biskut pun ada. lagisatu , iklan apollo ni annoying sebab slalu keluar time cerita tengah gempak aduuu hahah. Aku paling suka chocolate flavour masa tu harga 40 sen je sebijik




Jom sambung Permainan pulak ehe

  • Saidina 

Masa balik kampung, aku tak pernah miss main game ni dengan cousin. Yela dulu gajet bukan sama macam gajet sekarang. Sebabtu aku main game tu bila boring untuk penuhkan masa lapang. Game ni best bila kita tahu siapa muflis also uji kita punya math sebab kalau nak main game ni korang kena pandai mengira & survive. Part yang perit en kita kena bayar cukai dah ah mahal , pastu baling dadu alamak masuk penjara pulak hahah so kat sini kita kena ada strategi 😎


  •  Lompat tangan 




Game ni kalau kiteorg dah bosan main taman, ni kira plan B lelagi kalau ramai geng memang best. dua orang duduk and susun tangan ikut level , pastu kita kena lompat melepasi tangan tu. Makin tinggi makin mencabar so memang benefit dekat orang tinggi memang power aa 


  • Police entry


Haaa! sapa ingat lagi main police entry ni? Masa kecil2 dulu selalu sangat main dengan kawan-kawan bila balik sekolah heh rindunyaaa


Nak main ni kena nyanyi lagu :

 "Polis entry one two jaga,
Polis mati,
Pencuri jaga..."


Masa nyanyi lagu ni, jari kita kena tunjuk-tunjuk kat kawan termasuk diri sendiri, sampai la habis lagu tu. Siapa yang first kena tunjuk tu, dia kena kejar pencuri dan begitulah seterusnya. So yang mana jadi polis tu kena kejarlah pencuri sampai dapat. Jangan sampai dia "sep" kawan kawan yang lain untuk jadi geng pencuri skali haaa. Memang semput la nak berlari tu hahah ya allah paling takut kena kejar dengan kawan yang kuat lari aduhai πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



sekian sahaja coretan aku yang aku dapat share masa kecik-kecik dulu. Bila fikir balik bertuah jugak aku ada masa zaman busy bermain tanpa ada gajet and ada kawan kawan yang best ~


love, ell


































Thursday, December 5, 2019

BE A KINDERGARTEN TEACHER πŸ‘©πŸ»‍πŸ«πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦




hai, today i wanna share about my experience being a teacher.  

Lepas je i habis grad stpm. my friend ada suggest kat i untuk kerja dekat satu tempat ni. First tu tertanya tanya juga kerja apa. Maklum la i tak pernah kerja dekat mana-mana before this. So nak dijadikan cerita, member aku, aisyah ni ajak  la untuk kerja dekat satu tadika ni dekat kementerian kewangan. Dapat je tahu berita ni. i was really reallyyyyy excited. Yelah , aku ni jenis happy kalau jumpa budak budak. srs. lagi lagi yang comel dengar cakap. okay okay dah . jom sambung ;


so nak dijadikan cerita. first day masuk kerja tu, nampak ramai gila budak2 comel . omg nak ada anak cepat !! haha tak gurau gurau. so first thing tu aku kene brief la dengan kak Intan ni. dia bagi tugasan untuk buat apa semua. kalau nak tahu, kerja dia senang je tapi kalau korang lalui penat sebenarnya jaga baby ni. bukan sorang πŸ˜“ramai .. 13 orang :'). kiteorang pulak as tenaga pengajar/pengasuh/ibu/ayah haih 3 orang cikgu je tau. sedih sangat (tapi aku ni jenis suka budak kan so rasa penat tu hilang bila tengok diorang setiap hari) .


Toddler department teacher πŸ’œ



  • Bila nak kena mengajar bebudak toddler ni memang quite challenging jugak  yelah dorang ni focus dia hanya 5 min dan selebihnya adalah masa bermain. Tapi semua anak2 yang di ajar di sini, bijak bijak belaka.

  • also, sepanjang bekerja kat sini, memang tak pernah tak best la dengan macam-macam seminar yang aku ikut untuk teknik mengajar efektif. contoh cara mengajar kanak -kanak mengikut umur, panduan mengenal huruf , games alternatives dan sebagainya.
Pick Color and Word activity


Guided Reading for 4-5 years 

okay next pulak, aktiviti yang paling excited bukan anak murid je suka even cikgu pun suka haha we called is " WATERPLAY"  . aktiviti ni sebenarnya meningkatkan sains persekitaran dalam diri diorang contoh boleh tengok barang apa yg boleh tenggelam timbul, bunyi bunyi alam sekitar, campuran warna dan sebagainyaaa



Catan 
Ni event yang sempat disambut dengan anak-anak Toddler  masa Sambutan Hari Raya. Dorang kena buat persembahan depan parents dengan pakai baju tradisional Melayu hahaha shooo cute!! tengok dorang menari rasa macam sebak plus terharu dah practice and dorang ingat πŸ’• Teacher is EXCITEDDDD




Last but not least, aku suka gilaa budak ni kira paling sayang laa haa nama dia Afi Ayra Iman. Dia ni sangat cheeky and memang bijak yelah ada je perangai dia yang buat orang geram dengan dia haha rasa macam nak hug kuat kuat! kalau layan dia ni tak pernah tak kelakar tau. Ayra ni kuat makan sampai makanan ticer pun dia nak. Bila dengar plastik bukak je, msti dia tanya " apa tu?" pastu buat muka cute mintak makanan aiyoooo







So one day ni , aku dapat offer sambung belajar. perasaan nak tinggalkan or lepaskan kerja sebagai cikgu dekat tadika ni srs talk sedih sangat. Dah tak macam dulu. Hari hari bangun pagi , balik petang. gelak gelak main main dekat diorang dah takda. aku sedih. tapi apakah daya. peluang sambung belajar ni bukan semua orang dapat. so lepas dapat tahu n family pun suruh sambung belajar aku pun lepaskan la jawatan ni. idk. tapi bagi aku, aku rindu sangat dengan budak budak ni. i feel so sad dah tak dapat tengok diorang hari hari. takpe. yang hadir pasti akan pergi ceh haha okayla guys. hope semua happy baca celoteh aku ni. jangan lupa sebelum tidur baca doa. susu habiskan! eh sorry ter rinduu :(((











Wednesday, December 4, 2019

BE FORM 6 STUDENTS IS THE BEST EVAAAAπŸ₯³

Hi Guysss! Korang pernah tak rasa perasaan bila member korang masa U ke, kolej ke tapi korg still bersekolah lagi even dah habis SPM. Mula-mula memang rasa a little bit macam ketinggalan  but actually be part of Form 6 student is quite exciting and fun!πŸ™Œ

Bila masuk ke alam STPM, macam2 dugaan yg kena tempuh dah yelah kan STPM kan PRA -UNIVERSITI. Study smart and consistent harus ada dalam setiap pelajar sbb kiteorg belajar sekejap je dalam setahun setengah so banyak la benda kena catch-up dalam masa 3 sem tu. Ramai kawan2 yang aku kenal sebenarnya so takde masalah la kalau nak bergeng2 ni haa heheh.





Form 6 SMK Putrajaya Presint 5(1)




Aku ditempatkan dalam kelas 6 Perniagaan yang sangat bonding! We supporting each other bukan takat belajaq je tapi kalau nak mintak moral support pun satu kelas boleh tolong haha kalau ada masalah ke pape je kan memang ketua kelas la paling express jumpa cikgu untuk mintak tolong. Also dorang nih sangat humble even pandai pun still tak kekok kongsi ilmu dengan orang lain hehe.



Cikgu-cikgu form 6 kat sana memang sangat2 sporting and memang dah anggap mak kedua dah ha yang lagi best cikgu -cikgu kat sana memang suka buat makan2 and kelas kiteorg pun terjebak sama kalau lepas exam takpun setiap bulan 2-3 kali la buat makan-makanπŸ˜‚πŸ˜‚ takde maknanya diet hahah


Cikgu- cikgu yang mengajar kami tanpa lelah dan sanggup perjuang bersama2 kami menaikkan nama baik Form 6 πŸ‘Still fresh in my memories, cikgu cikgu sanggup buat kelas extra untuk sesapa yg lemah dalam beberapa subject, also sanggup bersusah untuk meningkatkan prasarana dan sebagainya demi keselesaan pelajar.

Guru-guru Form 6 Putrajaya

Yang paling best, kiteorang dah tak pakai baju sekolah macam batch yang sebelum-sebelum ni. Orang selalu pandang rendah juga dekat budak STPM ni tapi actually pembelajaran kiteorang bukan based on Books and terperap kat sekolah je . Tapi , Kiteorang ada project bersama orang luar seperti HUNT GAME kat MSU Shah Alam, karnival sukan peringkat wilayah, lawatan ke beberapa Kementerian , Seminar subject antara sekolah2 mengikut zon dan sebagainya. Even berkongsi sekolah dengan sekolah menengah,  kami form 6 mempunyai kemudahan sendiri seperti library, pusat ilmu, Galeri Seni dan banyak lagi.

Before Final, we had dinner at Bora Ombak Putrajaya. Such a great event also special for us cause Junior students handle our Dinner ni termasuk games, menu yang sedap , and all preparations A-Z memang tiptop πŸ‘πŸ˜







6 Atas Pengajian Perniagaan 2017-2018

The Highlight Jengjengjengg ;  









WE'RE GRADUATED FINALLY! ANAK-ANAK MAK DAH BESAR SEMUANYA HAHAHA KJOKE 

Thank you so much untuk segala memori yang manis pahit masam selama ini. Thank you jugak korang yang sanggup melayan karenah memasing, share ilmu, even sekejap je tapi dah rasa macam 10 years of friendship dah haha hanya Allah sahaja mampu balas jasa baik korang, guru2 . Bertuah aku dapat sambung belajar STPM dan dikelilingi kawan-kawan yang supportive, Alhamdulillah πŸ’“ Belajar yang susah menjadi senang dengan kehadiran korang semua. Take care Everybody ~