Wednesday, December 4, 2019

BE FORM 6 STUDENTS IS THE BEST EVAAAA🥳

Hi Guysss! Korang pernah tak rasa perasaan bila member korang masa U ke, kolej ke tapi korg still bersekolah lagi even dah habis SPM. Mula-mula memang rasa a little bit macam ketinggalan  but actually be part of Form 6 student is quite exciting and fun!🙌

Bila masuk ke alam STPM, macam2 dugaan yg kena tempuh dah yelah kan STPM kan PRA -UNIVERSITI. Study smart and consistent harus ada dalam setiap pelajar sbb kiteorg belajar sekejap je dalam setahun setengah so banyak la benda kena catch-up dalam masa 3 sem tu. Ramai kawan2 yang aku kenal sebenarnya so takde masalah la kalau nak bergeng2 ni haa heheh.





Form 6 SMK Putrajaya Presint 5(1)




Aku ditempatkan dalam kelas 6 Perniagaan yang sangat bonding! We supporting each other bukan takat belajaq je tapi kalau nak mintak moral support pun satu kelas boleh tolong haha kalau ada masalah ke pape je kan memang ketua kelas la paling express jumpa cikgu untuk mintak tolong. Also dorang nih sangat humble even pandai pun still tak kekok kongsi ilmu dengan orang lain hehe.



Cikgu-cikgu form 6 kat sana memang sangat2 sporting and memang dah anggap mak kedua dah ha yang lagi best cikgu -cikgu kat sana memang suka buat makan2 and kelas kiteorg pun terjebak sama kalau lepas exam takpun setiap bulan 2-3 kali la buat makan-makan😂😂 takde maknanya diet hahah


Cikgu- cikgu yang mengajar kami tanpa lelah dan sanggup perjuang bersama2 kami menaikkan nama baik Form 6 👍Still fresh in my memories, cikgu cikgu sanggup buat kelas extra untuk sesapa yg lemah dalam beberapa subject, also sanggup bersusah untuk meningkatkan prasarana dan sebagainya demi keselesaan pelajar.

Guru-guru Form 6 Putrajaya

Yang paling best, kiteorang dah tak pakai baju sekolah macam batch yang sebelum-sebelum ni. Orang selalu pandang rendah juga dekat budak STPM ni tapi actually pembelajaran kiteorang bukan based on Books and terperap kat sekolah je . Tapi , Kiteorang ada project bersama orang luar seperti HUNT GAME kat MSU Shah Alam, karnival sukan peringkat wilayah, lawatan ke beberapa Kementerian , Seminar subject antara sekolah2 mengikut zon dan sebagainya. Even berkongsi sekolah dengan sekolah menengah,  kami form 6 mempunyai kemudahan sendiri seperti library, pusat ilmu, Galeri Seni dan banyak lagi.

Before Final, we had dinner at Bora Ombak Putrajaya. Such a great event also special for us cause Junior students handle our Dinner ni termasuk games, menu yang sedap , and all preparations A-Z memang tiptop 👍😍







6 Atas Pengajian Perniagaan 2017-2018

The Highlight Jengjengjengg ;  









WE'RE GRADUATED FINALLY! ANAK-ANAK MAK DAH BESAR SEMUANYA HAHAHA KJOKE 

Thank you so much untuk segala memori yang manis pahit masam selama ini. Thank you jugak korang yang sanggup melayan karenah memasing, share ilmu, even sekejap je tapi dah rasa macam 10 years of friendship dah haha hanya Allah sahaja mampu balas jasa baik korang, guru2 . Bertuah aku dapat sambung belajar STPM dan dikelilingi kawan-kawan yang supportive, Alhamdulillah 💓 Belajar yang susah menjadi senang dengan kehadiran korang semua. Take care Everybody ~

No comments:

Post a Comment